Jangan terlalu memikirkan buruk sahabat krn ianya akan menyakiti hati kita sendiri .. Fikirkan yang baik² shj dan tentunya kita akan merasa bahagia dan sayang padanya ..
Kita akan mula menghargai sahabat tanpa ada rasa dendam dan ragu² ..
Mengapa perlu memikirkan yang buruk andai ianya akan membuatkan kita semakin berdendam? Kita telah memilih dia sebagai sahabat kita ..
Haruskah membenci sedangkan kita yang memilih?
Terimalah sahabatmu seadanya kerana diri kita juga ada lemahnya ..
********
Kadang kadang kita perlukan teguran
yang ikhlas dari kawan yang rapat dan benar
benar jujur pada kita, untuk mengatakan
kesalahan yang kita telah lakukan… sekiranya
tiada yang berani menegurnya kita tak akan sedar
hingga bila- bila, kita juga tak akan ketahui apa
yang telah kita lakukan itu betul atau sebaliknya.
Oleh itu sahabat yang ikhlas ialah sahabat yang
berani dan dengan jujur memberitahu kesalahan
kita di depan kita bukan melalui perantaraan …
ITU ADALAH LEBIH BAIK … dari menyatakannya
di belakang kita.
No Comments Yet
No comments yet.
Comments RSS TrackBack Identifier URI
Leave a comment








