2015

Posted: June 12, 2015 in Ingat kata²ku

2015

Hai wordpress.. sihatke? sorilah lama tak datang sini. saya sibuklah (alasan biasa).

Ingat lagi tak dengan saya ni? (Ko rasa² orang ingat ke kalau ko pon tenggelam timbol tenggelam timbol?) 

Carutt sangatt

Mencarut itu biadap namanye

Mencarut itu biadap namanye

A.B.A.N.G

Posted: August 5, 2011 in Diari Diri Iedashi

Saya hanya dikurniakan seorang abang untuk menemani saya. Beza antara kami 10 tahun .. namun itu bukanlah alasan untuk kami bercakaran sesama sendiri. Saya masih ingat lagi, sewaktu saya masih kecil dialah yg mendodoi saya tatkala ibu ayah sibuk bekerja. Abanglah yg memastikan saya tidur lena waktu ibu tiada. Dia akan masak untuk saya, buatkan saya susu tatkala saya merengek-rengek kehausan, bermain dengan saya dan kadangkala dia akan menyanyikan lagu yg saya kira terlalu sumbang untuk didengari. Tapi saya tak kisah.. sebab dia abang saya…

Saya sayang Abang… bagi saya dia adalah adiwira saya. Abang akan memastikan hidup saya dalam keadaan selamat. Sepanjang perjalanan hidup ni dialah yg menjadi penjaga saya …

Namun kini, abang takkan dapat mengawasi saya lagi… dia dah pergi meninggalkan saya. Pergi takkan kembali lagi. Saya dah kehilangan abang tempat untuk saya bermanja. Suara abang memanggil saya ADIK .. tidak akan saya dengari lagi. Paling rasa kehilangan bilamana saya tidak dapat cium tangannya lagi di pagi syawal yg akan tiba tak lama lagi.

Hmmm I am sad that Abang is gone…..I can’t lie about that. But I think I can accept the fact that he is really gone…

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Abang, semoga Allah jauhkan Abang dari siksa kubur dan api neraka, dan semoga Allah kurniakan balasan syurga atas segala kebaikan Abang dan tempatkan Abang di sisinya bersama orang-orang yang beriman….Amin.

-Wahi Iskandar Md Hashim Kembali ke Rahmatullah pada 30 julai 2011-

Al- Fatihah

dari Kegagalan

Posted: July 28, 2011 in Music

Apabila

Posted: July 20, 2011 in Diari Diri Iedashi

APABILA AKU KESEPIAN HIBURKAN AKU DENGAN SUARAMU
APABILA AKU SAKIT UBATI AKU DENGAN RASA KASIH SAYANGMU
APABILA AKU MATI JANGAN MANDIKAN AKU DENGAN AIR MATA MU
APABILA AKU DIKUBURKAN KUBURKAN AKU DALAM HATIMU

DAN
BILA AKU TERSESAT,
SELAMATKAN AKU DENGAN DOAMU

19.07.2011

Posted: July 19, 2011 in Diari Diri Iedashi

selamat hari lahir buat diri saya. saya sungguh bertuah kerana dikelilingi oleh mereka² yang sangat menyayangi saya. mereka mengajar saya erti kekeluargaan yg penuh dgn tanggungjawab, kasih dan sayang. mereka juga mengajar saya untuk menghormati orang lain. mereka sangat bermakna buat diri saya. mereka menerima saya seadanya .  

hadiah bukanlah segala-galanya tapi kalau ada elok juge :þ,  hakikatnya keikhlasan itu yang lebih utama. terima kasih buat semua yg menyayangi diri saya, sanggup melayan perangai saya dan sangat sabar dengan saya.  tolong sayangi saya selamanya .  

-All my life, I always wanted to be somebody. Now I see that I should have been more specific-

i.e.d.a.s.h.i

ZzZZzzz…..

Posted: July 18, 2011 in Uncategorized

 

Meeting …

Posted: July 13, 2011 in Diari Diri Iedashi

meeting ermm …

impact