Archive for January, 2008

Diari 14

Posted: January 31, 2008 in Diari Diri Iedashi

– Smile –

Mencari Adik Sharlinie

Posted: January 31, 2008 in Umum

Sebelum ni kita tengok gambar dia senget kepala .. so kita rasa macam tak berapa nak kenal @ cam .. so ada sorang ni la modify gambo adik Sharlinie kalu kepala tegak … kepala botak .. even kalo pakai tudung pon  .. so harapnyer kite leh camlah pasni ..

PETALING JAYA 30 Jan. – Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.
Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.

 

Komen

Al Fatihah untuk arwah Loloq , semoga rohya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman . Amin

Sumber : Harian Metro

HANYA air mata dapat menggambarkan kesedihan Faizal Tahir apabila dua lagu popularnya, Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta terpaksa disampaikan penyanyi lain pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu.

 

Faizal yang tidak dibenarkan muncul dalam sebarang program berbentuk hiburan selama tiga bulan, hanya menyaksikan siaran langsung

 

Faizal yang tidak dibenarkan muncul dalam sebarang program berbentuk hiburan selama 3 bulan, hanya menyaksikan siaran langsung AJL22 itu menerusi televisyen di rumah bersama keluarga.

Rasa kesalnya timbul bukan kerana cemburu melihat Bob menyampaikan Kasih Tercipta ciptaan Ajai atau Fiq yang menggalas tanggungjawab membawakan Mahakarya Cinta (Audi Mok/Syah Syamsiri).

Sebaliknya kesal kerana menghampakan harapan komposer dan penulis lirik kedua-dua lagu itu yang memberi sepenuh kepercayaan kepadanya melaksanakan tugas itu sebaik mungkin sebelum ini.

“Selesai menonton persembahan Fiq dan Bob, tiba-tiba menyelinap perasaan sebak sehingga saya tidak mampu mengawalnya.

“Mujurlah, saya berada di rumah bersama isteri dan dua anak yang sentiasa setia menemani saat suka dan duka selain menenangkan perasaan saya.

“Rasa kesal dan terkilan terbit kerana saya terpaksa mengecewakan harapan komposer dan penulis lirik yang meletak kepercayaan tinggi kepada saya menyampaikan lagu itu.

“Apatah lagi Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta tersenarai dalam sebuah acara cukup berprestij AJL yang mengiktiraf komposer dan penulis lirik.

“Pun begitu, saya berpuas hati dengan persembahan Fiq dan Bob. Tambah mengejutkan saya walaupun mereka terpaksa menjadi bidan terjun namun mereka mereka berjaya melaksanakan tugas itu dengan baik.

“Kalau sayalah berada di tempat mereka, barangkali saya sendiri gagal melakukannya. Justeru, kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fiq dan Bob, maafkan saya kerana terpaksa menyusahkan kalian,” katanya.

 

Komen

Cuaca tidak selalunya cerahkan sesekali mendung juga di tengahari begitulah juga dengan kehidupan kita di dunia sesekali diuji jua .. itulah kehidupan semoga kita juga sabar mengharungi dugaan dan seringkalilah berhati-hati dengan perbuatan kita kerana bukan semua orang faham apa yang ingin kita sampaikan ..   

Punk Pengotor ??

Posted: January 30, 2008 in Iedashi Vs Newspaper
KOTA BHARU:
Kumpulan remaja yang mengamalkan cara hidup ‘punk’ di sekitar bandar ini dikesan mengamalkan tabiat buruk apabila memakan sisa makanan serta membuang air kecil di kawasan terbuka.
Sumber : Harian Metro
Komen Aku :
Bila aku terbaca artikal ni mengingatkan aku kejadian yang sama mat² punk ni naik KTMB ari sabtu lepas dalam kol 8pm . Kebetulan aku plak nak balik Rwg naiklah Ktmb ni  .. aku sebenarnya x kisah sgtlah imej apa yg nk ditonjolkan tapi tuhlah attitude tu kena gaklah jagakan .. jgn sebab imej camtu ko kene gak berperangai cam budak mentol plak .. terhoyong hayang gitu pastu ngan bau getah scrap lagi .. aku raser getah scrap pon lagi harum baunyer tau drpd bebudk punk ni yg naik satu train ngan aku .. malanglah aku kena sedot aroma dorg ni raser nak mandikan dorg ni ngan detol je !
So bila artikal ni kuar dalam hati aku  mengatakan aper nak hairan ngan dorg ni memang imej dan pembawakannyer kena seiring, maka baru dikatakan mengikut peredaran masa ..  
Tapi aku harap sangatlah mereka tak slamanya begitu .. krn mereka ni merupakan pelapis utk masa hadapan .. takkan nak berPUNK sampai beruban paler tu kan?

Diari 13

Posted: January 30, 2008 in Diari Diri Iedashi

Penat menyiapkan keje skola pagi tadi .. aku raser mamai di tahap atromen ilang kuasernyer pabila lampu merah mula menyala-nyala kelip² ..

Aku perlu mendapatkan oksigen yg lebih byk ni .. haruskah aku memohon cuti drpd bos aku utk aku merehatkan palerku yg telah sengal sesemot ni? 

Dah beberaper hari aku x bace paper .. dh tatau apa yg belaku kat dunia skang ni .. naperntah aku bz lately ni .. selalunyer aku x bz muekekek!! tengok berita kat tv pon aku x tgk .. bleh dikatakan aku last nengok tb time Anugerah Juara Lagu – 22 ari ahad aritu ler .. pastu xde dh aku menonton tb .. kalo waktu skola primary & secondary aku ler hantu tgk tb ..

Skang ni biler dah jadi remaja belantara aku raser malas dh menengok tb .. nk chat pon aku malas .. sumer²lah aku malas ! isk apa nk jadi aku ni .. nampaknyer Thn 2008 ni era kemalasan aku ler gamaknyer ni! 

Nota :

Fyi , tahun² lepas pon aku malas gak hix :þ  

Kasih Tercipta By Bob (AJL22)

Posted: January 29, 2008 in Music

Apesal aku raser Bob bawa lagu ni lagi best drpd penyanyi asal lagu ni?