Faizal Tahir Menangis Tonton AJL22

Posted: January 30, 2008 in Iedashi Vs Newspaper

Sumber : Harian Metro

HANYA air mata dapat menggambarkan kesedihan Faizal Tahir apabila dua lagu popularnya, Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta terpaksa disampaikan penyanyi lain pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu.

 

Faizal yang tidak dibenarkan muncul dalam sebarang program berbentuk hiburan selama tiga bulan, hanya menyaksikan siaran langsung

 

Faizal yang tidak dibenarkan muncul dalam sebarang program berbentuk hiburan selama 3 bulan, hanya menyaksikan siaran langsung AJL22 itu menerusi televisyen di rumah bersama keluarga.

Rasa kesalnya timbul bukan kerana cemburu melihat Bob menyampaikan Kasih Tercipta ciptaan Ajai atau Fiq yang menggalas tanggungjawab membawakan Mahakarya Cinta (Audi Mok/Syah Syamsiri).

Sebaliknya kesal kerana menghampakan harapan komposer dan penulis lirik kedua-dua lagu itu yang memberi sepenuh kepercayaan kepadanya melaksanakan tugas itu sebaik mungkin sebelum ini.

“Selesai menonton persembahan Fiq dan Bob, tiba-tiba menyelinap perasaan sebak sehingga saya tidak mampu mengawalnya.

“Mujurlah, saya berada di rumah bersama isteri dan dua anak yang sentiasa setia menemani saat suka dan duka selain menenangkan perasaan saya.

“Rasa kesal dan terkilan terbit kerana saya terpaksa mengecewakan harapan komposer dan penulis lirik yang meletak kepercayaan tinggi kepada saya menyampaikan lagu itu.

“Apatah lagi Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta tersenarai dalam sebuah acara cukup berprestij AJL yang mengiktiraf komposer dan penulis lirik.

“Pun begitu, saya berpuas hati dengan persembahan Fiq dan Bob. Tambah mengejutkan saya walaupun mereka terpaksa menjadi bidan terjun namun mereka mereka berjaya melaksanakan tugas itu dengan baik.

“Kalau sayalah berada di tempat mereka, barangkali saya sendiri gagal melakukannya. Justeru, kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fiq dan Bob, maafkan saya kerana terpaksa menyusahkan kalian,” katanya.

 

Komen

Cuaca tidak selalunya cerahkan sesekali mendung juga di tengahari begitulah juga dengan kehidupan kita di dunia sesekali diuji jua .. itulah kehidupan semoga kita juga sabar mengharungi dugaan dan seringkalilah berhati-hati dengan perbuatan kita kerana bukan semua orang faham apa yang ingin kita sampaikan ..   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s