Archive for March, 2008

Diari 29

Posted: March 26, 2008 in Diari Diri Iedashi

Lovely Morning Olls .. lovely ke? kui kui kui 29th March 2008 aku nakpi bercuti kat Bukit Tinggi .. wel aku dah letak promo utk Bukit Tinggi .. seumo idop aku tatau la plak ada Gambaran yg cenggitu dlm mesia ni .. ke dorang ni tipu aku plak .. aku surfing dlm intenet ni sumer cam dunia khayalan je kat bukit tinggi tu ada badot² lagi sekitar building yg bercorak ala² french village ni  .. 

xpe sabtu ni aku pi .. punyelah aku excited nkgi cuti (walhal semlm je pon nak tido sana)  aku dah packing brg tau .. siap dh iron baju yg aku nak pakai sabtu ni .. cam haprak je kan .. xpe asalkan hati aku gembira dan suka nak buat apa pon  boleh kan .. hak aku utk bersuka ria .. ekekek!!

Aku siap kenen² bespren aku lagi tau utk masak² lauk peberet aku kan sepanjang perjalanan gi sana ..  sian dia dahlah kena mangon pepagi pastu nak bertolak pon seawal pagi lagi hihihi .. aku survey dlm intenet pejalanan start dari umah kami dalam 2jam sampai dah heeee (itupon bukan aku yg drive) tapi gi nya awal kemain kan .. check in pon kol 3pm .. tapi  nak gak gi awal .. sian kengkawan aku kena layan aku kan sebab aku terlampau over excited muakakak!! Menjadi kesukaan aku utk gi bercuti sebenonya ..

Takperkan pi skang .. pasni dah xde agi 

Advertisements

bukit5.jpg 

Bukit Tinggi is just over an hour’s drive from Kuala Lumpur City centre and lies some 2,500 feet above sea level.

bukit4.jpg
Colmar Tropicale, located in Bukit Tinggi, Pahang, is a replica of a collection of buildings from a north-eastern village in France dating back to the 16th Century. It’s just like a picture postcard. The French themed resort was opened in July 2000.

It’s surrounded by lush tropical forest land.
Just RM 16 for adults and RM 8 for children below twelve, you can enjoy the various entertainment at Colmar Tropicale.

A clock tower at the entrance welcomes the visitors. You need to walk up (and down) curvy concrete staircases to view the entire development.

The theme hotel is made up of eight blocks of architectural wonder, each with its unique style, from its colourful roof tiles to cobblestone ground. The hotel has several outlets, where you can dine in the French way.

bukit8.jpg
Central to the village is Colmar Square where the aroma of the blooms will tantalise your senses. There are fountains and park benches in the square for relaxation after a hard day’s work browsing in the 17 theme shops, or should one wish to take a breather from participating in the various activities. The drawbridge reminiscent of ancient castles, clock tower with an original cuckoo bird clock, and the viewing tower complements the ambience.

Rafidah Aziz Tersingkir !

Posted: March 18, 2008 in Politik

rfdh.jpg

Akhirnya wanita besi karat Umno ini tersingkir jua. Selama ini beliau begitu sukar untuk ditumbangkan atau disingkirkan memandangkan sokongan padu dari wanita Umno yang mahukan beliau terus berkuasa.

Perang beliau dengan Mahathir dalam isu Approved Permits (AP) pada 2006 benar-benar merisaukan pemimpin Umno yang lain kerana beliau telah mempergunakan kedudukan beliau sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi mengugut mereka.

Abdullah mengambil langkah politik yang bijak dengan meletakkan kuasa meluluskan AP di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi mengurangkan kuasa Rafidah. Ternyata dengan pemindahan kuasa melulus ini Rafidah semakin kepanasan dan sering keluar negara untuk melakukan misi-misi perdagangan bagi mengelakkan kontraversi lain.

Pemimpin parti-parti pembangkang di parlimen mengelarkan beliau sebagai “Queen of the Parliament” kerana sikap tegasnya. Walaubagaimana pun, kebanyakkan kakitangan Kerajaan yang pernah berkhidmat dibawah beliau mengelarkannya sebagai ’singa betina’ kerana sikap garangnya yang kadang kala tidak pernah memperdulikan perasaan orang lain.

Sikap perfectionisnya sering menyusahkan orang lain hinggakan tiada seorang pun yang boleh bertahan lama bekerja dengannya. Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan yang pernah berkhidmat dengan beliau menyatakan bahawa “beliau seorang yang perfectionis dalam urusan dunia, tapi akhirat tidak kerana dari dulu dan kini beliau tidak pernah pakai tudung dengan betul. Rambutnya diwarna dengan warna merah bagi menutup ubannya”.

Kejatuhan Rafidah ini juga telah dijangka lebih awal selepas pendedahan isu tunggakkan bil telefon rumahnya yang berjumlah lebih dari RM 10,000 serta kegagalan teman rapatnya iaitu Shahrizat mengekalkan kerusi di Lembah Pantai.

Selain itu, gerakkan kumpulan Abdullah yang diterajui oleh Khairy telah membuat percaturan ini lebih awal. Azalina Othman Said yang kini menjadi Menteri Pelancongan telah lama disebut-sebut bagi mencabar kerusi wanita Umno dalam pemilihan akan datang. Melihatkan kepada keadaan semasa, peluang Azalina untuk merebut kerusi itu amat cerah.

Selepas ini, kita tunggu pula penyingkiran Rafidah dari kerusi Ketua Wanita Umno…

Diari 28

Posted: March 18, 2008 in Diari Diri Iedashi

Heh .. smlm aku x sempat nak wat diari .. kengkadang mood tu xde so aku xleh nak watper .. walhal aku dah bukak wordpress ni tapi aku nengok je kan .. jari jemariku ini ibarat kaku di hujung keyboard ..

last weekend aku pi Port Dickson .. saje wat keje giler sket .. gi booking pon last minute .. seb baik ler ader kekosongan otel .. aku terporgot yang last week kan school holiday .. so pepahamlah yang mana ada keluarga tu mestilah bercuti sakan kan .. so nak dijadikan citer aku dapat ah booking one of hotel yg ader kat PD tu .

Nama Hotel tu Le Paris International a.k.a Costa Rica Apartment  (ingat bebetol otel ni ..)

Pemandangan otel ni ok sangat .. so xlah korg raser tertipukan kalo tengok kat website .. facilities otel yang ok .. dan yang aku suker sangat Pemandangan Pantai dia .. korang siap nampak kapal² kat tetengah laut diakan .. cantik sangat .. bestlah ..

DSC00245

DSC00279

DSC00265

DSC00278

cantex kan pemandangan Le PARIS?

TAPI YANG TAK BESTNYA !!!     

Staff² otel tu yang Kebetulan agaknya atau pn memang trademark Le Paris ni staff dia sumer warna gelap gelita .. konsep pon dah salah Le Paris tapi pi masok Otel aku raser cam ke Le Bombay .. bombay tu pn ada terangnya ni aku rasa cam pi Le Dhaka kot . Bukan nak menghina tapi nak mencarot je ..

Aku sebenarnya sangatlah tak kisah Warna² Kulit ni .. kerana setiap warna punya keistimewaan yang tersendiri .. manis tu ada sebenarnya .. tapi memandangkan aku bengang ngan beberapa ketol ni kan jadi nampaknya sumer member aku yg sewaktu dgnnya  teraser tempiasnya .. sorry guys .. aku panas ati ni ..

Aku sampai lebih kurang 3++ bila aku sampai staff bongok ni soh aku tunggu sat .. time tu aku dah panas ati dah yerlah bukan ada org pon kat kaunter check in tu yang mengharuskan aku tunggu turn .. dekat 20 minit aku tunggu ni .. makanya aku dah xleh sabar . aku pi balik kaunter pastu aku tanya pasal check in terusnya ternganga boleh? rasa nak tampa je .. abes yg tadi aku dtg tu saper? hantu aku ke? or tak nampak aku ? sebesar gajah mengadap dorang tadi tu apa? takper .. aku kewl lagi .. so abeslah sessi panas hati aku ni .. 

tu lom dicampo aku masok room xde towel .. xper ah tu small matter walopon bagi aku big matter .. tapi sebab aku g berkawan kan makanya aku kewl lagi ah .. kang aku plak bergado ngan kawan aku ..

sampailah yang best partnya waktu Dinner .. aku memang suka nak Dinner kat otel ni .. sajer nak try masakan di setiap otel ni kan .. so kiteorg pon pi la cafe yg ada di otel tu .. masatuh dah kul 9pm ler .. so kami pon order ler .. bongok ke tak bongok kan pas kami amik order teros pompuan kicap lahabau ni tanya “NAK BAYAR CASH KE APA?” kurang ajarkan .. aku ni belum lagi dapat Makanan ko dah tanya nak bayar camne! KO INGAT AKU PI MAKAN TU XDE DUIT KE? boleh tak ko tanya pas aku panggil ko balik after ive done my meals and i want my Bills?    

aku tak pahamlah management ni tak ajar ke staff ko to be nicely ngan customer  ? dahlah bila serve makanan tu main hentak² lagi .. ko ingat aku ni adik ko ke .. kawan aku dah buat muka hijau dah .. diantara aku ngan kawan aku ni ikotkan aku ni lagi triple baran tau banding dia .. dia baran tu bleh dikira lagi kengkadang takder pon baran dia tau.. ko bayangkan tahap kesabaran kiteorg ni camne?

pastu air punyalah manis .. kami mintak lime juice tapi aku raser air sunquick je .. aku yg suke manis pon tak terlayan manisnya .. banyak benor gula kat otel ni .. so kami mintaklah air kosong nak cover kemanisan tekak aku ni .. korang tau apa yang jadi? AIR KOSONG TU PON MANIS!!!   

seumor idop aku belum lagilah aku nyanyok sampai xleh bezakan air Kosong ngan air gula .. waitress kicap tu bagi reason sebab kami RASER Manis bila minum AIR KOSNG tu effect daripada minum air limejuice  tu yang raser air kosong tu manis .

Kalo korg tak caya cuba test minum air yang manis pastu ko minum plak air kosong. ada tak ko rasa air kosong tu manis?

tuhla citer kat otel Le Paris . Korg jangan terpengaruh ngan nama yang sangatlah western tu. 

Moralnya aku kena makesure bebetul berapa Star yg otel tu ada dan berpatutan tak kita nak membayar lebih dgn Star yang diberi? dan owner hotel tolonglah ajar staff ko cara utk layan customer tu camne .. gi hantar training course ler .. kalo tak akan menghancurkan nama hotel je.      

 

Stop It!

Posted: March 14, 2008 in Umum

opis.jpg

Pembinaan Kaabah

Posted: March 13, 2008 in Islamic

haj7.jpg

Mengikut kata2 Ahli sejarah,Kaabah itu telah dibina sebanyak 10 kali.Antaranya ialah At-Taqiyul Fasi(التقي الفاسي) dlm kitabnya SyifaulGharam(شفاء الغرام) berkata:

Kaabah pernah dibina sebanyak 10 kali oleh:

1)malaikat

2)Nabi Adam

3)anak Nabi Adam iaitu syith شيث

4)Nabi Ibrahim

5)Kerajaan ‘Amaliqa(عمالقة) yg berbangsa Arab

6)Suku Jurhum(جرهم) yg bernama AlHarith bin Madhadh Al-Asghar

7)Qusai(Datuk Nabi Muhammad s.a.w yg kelima)

8)Orang2 Quraisy,diantaranya Nabi s.a.w turut membinanya

9)Abdullah bin Zubair(Anaknya sayidatina Asma dan Asma pula kakak pd Sayidatina Aisyah)

10)*AlHajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi

*cerita tentang dirinya:
Dinamakan Ath-Thaqafi kerana beliau ni(seorang gabenor)tidak boleh tido selagi tidak membunuh org tapi yg peliknya setiap malam dia menghafal AlQuran.

p/s:Jadi kalau nak tahu kenapa beliau bunuh orang,silalah rujuk pada kitab² sejarah.

-Semenjak pembinaan yg dilakukan oleh Abdullah bin Az-Zubair dan kemudian Al-Hajjaj,tidak lagi berlaku selepas itu pembinaan kecuali memperbaik dan memperbetulkan.

-Pernah dikatakan,Khalifah Harun Al-Rasyid hendak mengubah kaabah itu dari binaan Alhajjaj tetapi Imam Malik Bin Anas telah merayu agar Baitullah tidak dijadikan permainan raja2 kerana ia boleh menghilangkan kehebatan Kaabah itu dari hati2 orang2 yg menghadapnya.

kaabah_1.jpg

kaabah_2.jpg

La Tahzan

Posted: March 13, 2008 in Book Reading

bkrohis_aidh2.jpg

Jika kita membaca buku-buku self help, buku-buku petunjuk cara hidup, seperti How to Stop Worrying and
Start Living (Dale Carnegie), kita akan dapatkan petunjuk-petunjuk untuk meraih kesuksesan hidup secara duniawi.

Namun buku La Tahzan yang ditulis oleh seorang ulama besar Dr. ‘Aidh al-Qarni ini sarat dengan petunjuk-petunjuk hidup yang sarat dengan nuansa rabbani tanpa mengetepikan isi-isi duniawi. La Tahzan menjadi kata kunci untuk menjalani
kehidupan ini dengan penuh semangat tanpa ketakutan dalam peristiwa masa lalu dan tidak dicemaskan oleh masa depan.

Membaca buku ini kita seakan diingatkan kepada buku How to Stop Worrying and Start Living (Dale Carnegie). Namun
La Tahzan lebih fokus, sederhana dan praktis untuk kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Edisi Inggris buku ini berjudul Don’t be Sad!

Siapa Penulis Buku Ini?

‘Aidh al-Qarni adalah doktor dalam bidang hadits dan seorang hafizh. Beliau juga pernah dimasukkan dalam penjara oleh pemerintah Arab Saudi kerana mengkritik kebijaksanaan kerajaan saat Perang Teluk I. Tetapi kehidupan di penjara itu menjadikannya salah seorang penulis paling produktif di Timur Tengah saat ini.

Ia menjadi idola. Edisi bahasa Arab buku ini (La Tahzan!), sejak dicetak pada 2001 terus menjadi buku terlaris di Timur Tengah. Ketika ini sudah mencapai cetakan kesebelas, dengan jumlah lebih dari 1 juta cetakan .