Rafidah Aziz Tersingkir !

Posted: March 18, 2008 in Politik

rfdh.jpg

Akhirnya wanita besi karat Umno ini tersingkir jua. Selama ini beliau begitu sukar untuk ditumbangkan atau disingkirkan memandangkan sokongan padu dari wanita Umno yang mahukan beliau terus berkuasa.

Perang beliau dengan Mahathir dalam isu Approved Permits (AP) pada 2006 benar-benar merisaukan pemimpin Umno yang lain kerana beliau telah mempergunakan kedudukan beliau sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi mengugut mereka.

Abdullah mengambil langkah politik yang bijak dengan meletakkan kuasa meluluskan AP di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi mengurangkan kuasa Rafidah. Ternyata dengan pemindahan kuasa melulus ini Rafidah semakin kepanasan dan sering keluar negara untuk melakukan misi-misi perdagangan bagi mengelakkan kontraversi lain.

Pemimpin parti-parti pembangkang di parlimen mengelarkan beliau sebagai “Queen of the Parliament” kerana sikap tegasnya. Walaubagaimana pun, kebanyakkan kakitangan Kerajaan yang pernah berkhidmat dibawah beliau mengelarkannya sebagai ’singa betina’ kerana sikap garangnya yang kadang kala tidak pernah memperdulikan perasaan orang lain.

Sikap perfectionisnya sering menyusahkan orang lain hinggakan tiada seorang pun yang boleh bertahan lama bekerja dengannya. Seorang bekas pegawai tinggi kerajaan yang pernah berkhidmat dengan beliau menyatakan bahawa “beliau seorang yang perfectionis dalam urusan dunia, tapi akhirat tidak kerana dari dulu dan kini beliau tidak pernah pakai tudung dengan betul. Rambutnya diwarna dengan warna merah bagi menutup ubannya”.

Kejatuhan Rafidah ini juga telah dijangka lebih awal selepas pendedahan isu tunggakkan bil telefon rumahnya yang berjumlah lebih dari RM 10,000 serta kegagalan teman rapatnya iaitu Shahrizat mengekalkan kerusi di Lembah Pantai.

Selain itu, gerakkan kumpulan Abdullah yang diterajui oleh Khairy telah membuat percaturan ini lebih awal. Azalina Othman Said yang kini menjadi Menteri Pelancongan telah lama disebut-sebut bagi mencabar kerusi wanita Umno dalam pemilihan akan datang. Melihatkan kepada keadaan semasa, peluang Azalina untuk merebut kerusi itu amat cerah.

Selepas ini, kita tunggu pula penyingkiran Rafidah dari kerusi Ketua Wanita Umno…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s