Archive for June, 2011

We Are Family !

Posted: June 30, 2011 in Senget Sket

Ade ayah, ibu, abang,kakak n adek 

abang

abg saye kaki buli :þ

dia suke buli saye 😥

saye pon suke gak buli dia

tapi saye sayang abg saye sbb dia protector saye

semoga abg saye sehat cecepat!

adeq@ saye

saye keras ati :þ

bukan semer org leh tego saye

mesti ader fakta baru leh marah saye

saye bukan  kaki buli

saye tidak manje

Advertisements

Para saintis berkata, kanak-kanak yang kurang tidur lebih berisiko untuk menjadi gemuk. Mengikut kajian terhadap 250 kanak-kanak, mereka yang tidak cukup tidur berisiko untuk menambah indeks jisim badan (BMI).

Kajian lepas menunjukkan kekurangan tidur menghalang badan dari menghasilkan kuantiti hormon yang mencukupi dan seterusnya memberi tekanan terhadap selera makan. Kurang tidur akan meningkatkan selera makan selain menganggu kadar metabolisme serta mengubah tindak balas badan terhadap insulin, hormon yang dikaitkan dengan kebolehan badan untuk menyimpan lemak.

Menurut Profesor Taylor dan rakan-rakan sekerjanya dari Unit Nutrisi Manusia di Dunedin, New Zealand, mengurangkan masa tidur berkemungkinan akan meningkatkan selera makan seperti memakan makanan ringan kerana banyak masa yang terluang digunakan untuk aktiviti tersebut.

“Masalah tidur juga akan mempengaruhi pengeluaran tenaga, dan apabila berasa letih, kanak-kanak akan kurang melakukan senaman dan itu menyebabkan mereka makan dengan lebih kerap,” kata Profesor Taylor.

Note : Jangan Kacau/Ganggu  Bile Saya Tido,  sebab nanti akan lebih gemok! hihi

Nak Tengok Bentuk Awan Nano?

Posted: June 28, 2011 in Uncategorized

Begitulah awan nano

nano .. nano.. nano..

Eh…

Posted: June 28, 2011 in Diari Diri Iedashi

aku cam dh kecikkan ati org je ni .. ke perasaan aku je ?? erkk

Maafkan saye….

Sungguh saya bersyukur ALLAH Mempertemukan saya dengan kamu …

Kerana ALLAH banyak Memberi saya pelajaran melalui sikap kamu

Maafkan saya yang khilaf ini

Telah banyak perkataan dan sikap saya yang mungkin telah membuat kamu kecewa dan kecil hati  terhadap saya

Kerana inilah saya

Hanya seorang manusia yg keras hatinya dan penuh  khilaf

Jangan pernah mengharapkan saya sebagai seorang teman yang sempurna

Jangan pernah mengharapkan saya sebagai seorang teman tanpa salah

Kerana inilah saya,

Yang penuh dengan kelalaian

Saya,

Seorang manusia yang jauh dari sempurna

Tolong, jangan berharap  apa-apa kebaikan daripada saya

Kerana saya seorang manusia yang tiada apa-apa kebaikannya

Kamu,

Dengan segala kerendahan hati ini, dan rasa bersalah saya  memohon semoga kamu berkenan membukakan pintu maaf atas segala kekhilafan saya

Sekian…

Daripada saya,

yang kering hatinya

 

Badan Berbau

Posted: June 27, 2011 in Tahukah Kita?

Masalah badan berbau sememangnya memalukan. Kerap kali, peluh dikaitkan sebagai punca utamanya. Namun apakah ini benar?

Hakikatnya tidak, kerana pada asasnya, peluh tidak berbau tetapi bakteria yang menyebabkan badan berbau. Ia berlaku terjadi apabila bakteria di bawah kulit memecahkan peluh kepada asid.

Bau badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan, ubat-ubatan yang anda ambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan peranan. Di kalangan kanak-kanak, bau badan kerap kalinya dikaitkan sebagai penanda tahap kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan berbau pada usia 14 ke 16 tahun manakala 15 ke 17 bagi remaja lelaki.

Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan yang pedas dan memakan ubat-ubatan khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berhadapan dengan masalah bau badan.

Tangani Bau Badan

Secara tradisionalnya, ada beberapa sumber alam yang boleh membantu mengatasi masalah ini:

Daun sirih – Diketahui mampu bertindak sebagai antiseptik. Daun sirih dicampur kapur, dilumatkan dan disapu pada ketiak. Ada juga kepercayaan ia boleh direbus dan diminum selain dibuat sebagai air basuhan.

Daun Beluntas (Pluchea Indica) – Dibuat ulam atau air rebusannya boleh diminum.

Daun Selasih (Ocimun Balisicum) – Daun selasih atau kemangi boleh dibuat ulam. Selain bau badan ia juga boleh membantu menghilangkan bau tidak menyenangkan ketika datang haid.

Temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) – Dibuat ulam atau minum air rebusannnya.

Limau purut – Dibuat ulam atau dilumur pada badan.

a good frenz vs a best frenz

Posted: June 24, 2011 in Tahukah Kita?