Orang Tengah

Posted: June 18, 2011 in Iedashi Vs Newspaper

Pagi tadi aku melayari internet melihat pergolakkan “BLOG POLITIK’ sana menghentam blog yg sini dan begitulah sebaliknya.

Masing² dgn prinsipnya tertuduh dan menuduh.Kedua belah pihak mengatakan mereka benar.Masing² mempertahankan hak masing².Ok fine, itu mereka. 

Tapi yang peliknya ni “Ahli² back up” nye pun sibuk bergaduh sakan ni  kenapa? Mewar-war tentang kebenaran sifu mereka sedangkan mereka pun bukannya tahu apa yang terjadi pada waktu kejadian.

Pihak yang mana benar?

Kita pasti tiada jawapan.

Aku berada di tengah, percaya atau tidak bukanlah kuasa aku utk menilainya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang telah terjadi.Bagi aku kita sebagai “orang tengah” ini hanya perlu dengar bagi kedua pihak.

Jika mereka inginkan nasihat, di situlah peranan kita untuk menasihati perkara² baik yang boleh menyelesaikan permasalahan itu dan bukannya menambahkan lagi kekeruhan kedua belah pihak.

Itu pendapat aku kerana bagi kita selalu beranggapan orang tengah ini hanya untuk mengipas kita tatkala kita kepanasan walhal tugas orang tengah ini hakikatnya sangat penting yakni utk menjernihkan kekeruhan antara kedua pihak.Bukannya sekadar mengiyakan dan turut sama dalam pergolakan ini.

Aku tidak perlu orang yang membenarkan kata² aku.Aku perlukan orang yang boleh menafsir kata² aku dan menyelesaikan permasalahan aku. Paling tidak dia boleh menyejukkan kemarahan aku dan bagi ruang utk aku fikirkan kebenarannya dan berfikiran positif lalu membuang segala kekeruhan, berfikiran terbuka memohon kemaafan dan memberikan kemaafan.

Tidakkah itu lebih murni berbanding drpd bermasam muka dan menunding jari sesama sendiri sedangkan penyelesaiannya ada cuma memerlukan pengertian dan bertolak ansur?Mengalah bukan bereti kalah.Memberi kemaafan bukan bereti tergadainya prinsip diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s