Badan Berbau

Posted: June 27, 2011 in Tahukah Kita?

Masalah badan berbau sememangnya memalukan. Kerap kali, peluh dikaitkan sebagai punca utamanya. Namun apakah ini benar?

Hakikatnya tidak, kerana pada asasnya, peluh tidak berbau tetapi bakteria yang menyebabkan badan berbau. Ia berlaku terjadi apabila bakteria di bawah kulit memecahkan peluh kepada asid.

Bau badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan, ubat-ubatan yang anda ambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan peranan. Di kalangan kanak-kanak, bau badan kerap kalinya dikaitkan sebagai penanda tahap kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan berbau pada usia 14 ke 16 tahun manakala 15 ke 17 bagi remaja lelaki.

Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan yang pedas dan memakan ubat-ubatan khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berhadapan dengan masalah bau badan.

Tangani Bau Badan

Secara tradisionalnya, ada beberapa sumber alam yang boleh membantu mengatasi masalah ini:

Daun sirih – Diketahui mampu bertindak sebagai antiseptik. Daun sirih dicampur kapur, dilumatkan dan disapu pada ketiak. Ada juga kepercayaan ia boleh direbus dan diminum selain dibuat sebagai air basuhan.

Daun Beluntas (Pluchea Indica) – Dibuat ulam atau air rebusannya boleh diminum.

Daun Selasih (Ocimun Balisicum) – Daun selasih atau kemangi boleh dibuat ulam. Selain bau badan ia juga boleh membantu menghilangkan bau tidak menyenangkan ketika datang haid.

Temu lawak (Curcuma xanthorrhiza) – Dibuat ulam atau minum air rebusannnya.

Limau purut – Dibuat ulam atau dilumur pada badan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s