Kurang TIDO punca GEMOK

Posted: June 29, 2011 in Iedashi Vs Newspaper

Para saintis berkata, kanak-kanak yang kurang tidur lebih berisiko untuk menjadi gemuk. Mengikut kajian terhadap 250 kanak-kanak, mereka yang tidak cukup tidur berisiko untuk menambah indeks jisim badan (BMI).

Kajian lepas menunjukkan kekurangan tidur menghalang badan dari menghasilkan kuantiti hormon yang mencukupi dan seterusnya memberi tekanan terhadap selera makan. Kurang tidur akan meningkatkan selera makan selain menganggu kadar metabolisme serta mengubah tindak balas badan terhadap insulin, hormon yang dikaitkan dengan kebolehan badan untuk menyimpan lemak.

Menurut Profesor Taylor dan rakan-rakan sekerjanya dari Unit Nutrisi Manusia di Dunedin, New Zealand, mengurangkan masa tidur berkemungkinan akan meningkatkan selera makan seperti memakan makanan ringan kerana banyak masa yang terluang digunakan untuk aktiviti tersebut.

“Masalah tidur juga akan mempengaruhi pengeluaran tenaga, dan apabila berasa letih, kanak-kanak akan kurang melakukan senaman dan itu menyebabkan mereka makan dengan lebih kerap,” kata Profesor Taylor.

Note : Jangan Kacau/Ganggu  Bile Saya Tido,  sebab nanti akan lebih gemok! hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s