Archive for the ‘Diari Diri Iedashi’ Category

A.B.A.N.G

Posted: August 5, 2011 in Diari Diri Iedashi

Saya hanya dikurniakan seorang abang untuk menemani saya. Beza antara kami 10 tahun .. namun itu bukanlah alasan untuk kami bercakaran sesama sendiri. Saya masih ingat lagi, sewaktu saya masih kecil dialah yg mendodoi saya tatkala ibu ayah sibuk bekerja. Abanglah yg memastikan saya tidur lena waktu ibu tiada. Dia akan masak untuk saya, buatkan saya susu tatkala saya merengek-rengek kehausan, bermain dengan saya dan kadangkala dia akan menyanyikan lagu yg saya kira terlalu sumbang untuk didengari. Tapi saya tak kisah.. sebab dia abang saya…

Saya sayang Abang… bagi saya dia adalah adiwira saya. Abang akan memastikan hidup saya dalam keadaan selamat. Sepanjang perjalanan hidup ni dialah yg menjadi penjaga saya …

Namun kini, abang takkan dapat mengawasi saya lagi… dia dah pergi meninggalkan saya. Pergi takkan kembali lagi. Saya dah kehilangan abang tempat untuk saya bermanja. Suara abang memanggil saya ADIK .. tidak akan saya dengari lagi. Paling rasa kehilangan bilamana saya tidak dapat cium tangannya lagi di pagi syawal yg akan tiba tak lama lagi.

Hmmm I am sad that Abang is gone…..I can’t lie about that. But I think I can accept the fact that he is really gone…

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Abang, semoga Allah jauhkan Abang dari siksa kubur dan api neraka, dan semoga Allah kurniakan balasan syurga atas segala kebaikan Abang dan tempatkan Abang di sisinya bersama orang-orang yang beriman….Amin.

-Wahi Iskandar Md Hashim Kembali ke Rahmatullah pada 30 julai 2011-

Al- Fatihah

Advertisements

Apabila

Posted: July 20, 2011 in Diari Diri Iedashi

APABILA AKU KESEPIAN HIBURKAN AKU DENGAN SUARAMU
APABILA AKU SAKIT UBATI AKU DENGAN RASA KASIH SAYANGMU
APABILA AKU MATI JANGAN MANDIKAN AKU DENGAN AIR MATA MU
APABILA AKU DIKUBURKAN KUBURKAN AKU DALAM HATIMU

DAN
BILA AKU TERSESAT,
SELAMATKAN AKU DENGAN DOAMU

19.07.2011

Posted: July 19, 2011 in Diari Diri Iedashi

selamat hari lahir buat diri saya. saya sungguh bertuah kerana dikelilingi oleh mereka² yang sangat menyayangi saya. mereka mengajar saya erti kekeluargaan yg penuh dgn tanggungjawab, kasih dan sayang. mereka juga mengajar saya untuk menghormati orang lain. mereka sangat bermakna buat diri saya. mereka menerima saya seadanya .  

hadiah bukanlah segala-galanya tapi kalau ada elok juge :þ,  hakikatnya keikhlasan itu yang lebih utama. terima kasih buat semua yg menyayangi diri saya, sanggup melayan perangai saya dan sangat sabar dengan saya.  tolong sayangi saya selamanya .  

-All my life, I always wanted to be somebody. Now I see that I should have been more specific-

i.e.d.a.s.h.i

Meeting …

Posted: July 13, 2011 in Diari Diri Iedashi

meeting ermm …

impact

Saya tak sabar menanti  Ramadhan, bagi saya ketenangan di bulan Ramadhan sangat berlainan dan ianya terlalu indah sekali.. saya merasakan setiap saat itu terlalu bernilai … terdetik di hati saya, andai saya diberi kesempatan memilih bulan apakah pemergian saya … tentunya saya memilih bulan Ramadhan …

Kenapa Harus Bersedih?

Posted: July 11, 2011 in Diari Diri Iedashi

Semua orang pasti pernah merasa SEDIH, teman Anda, saudara Anda, orang tua Anda,  Anda sendiri,  ataupun saya sendiri pernah merasakannya. Banyak hal yang dapat memicu kita untuk merasakan kesedihan. Jika ditanya apakah yang menyebabkan seseorang itu bersedih?, jawabnya setiap orang pasti berbeza-beza permasalahan hidupnya. Kadangkala  kita tahu  apa sebenarnya yang buat kita bersedih, namun kadangkala juga kita tidak mengetahui penyebab kesedihan kita.

Salah seorang teman saya sering mengeluh “Terlalu banyak hal yang buat saya bersedih, mungkin hal yang paling buat saya sedih adalah tentang hidup saya sendiri, rasanya saya tidak ingin hidup lebih lama lagi”.

Wah rasanya kata-kata seperti ini sudah seringkali terucap jika kita merasakan kesedihan yang mendalam. Dan jika Anda kebetulan sedang mengalami perasaan yang sama seperti teman saya, saya harap Anda jangan berfikiran untuk mengakhiri hidup Anda sekarang, paling tidak selesaikan terlebih dahulu membaca tulisan saya.


KESEDIHAN adalah suasana hati yang sangat ingin kita jauhi, kalau boleh, secubit rasa sedih pun kita tak ingin ia hadir dalam hidup kita. Kita hanya inginkan Kebahagiaan. Namun,  jika kita mahu memandang suatu kesedihan dari sisi lain, kita akan menemukan sebuah manfaat atau hikmah disebalik kesedihan itu sendiri.

Kesedihan hakikatnya  mengandungi energi-energi positif yang dapat menimbulkan kebahagian jika kita dapat mengelolanya dengan benar. Pada umumnya kesedihan menutup minat kita terhadap hiburan dan kesenangan, membuat perhatian kita berpusat pada apa yang telah hilang. Pada dasarnya perlakuan seperti itu sebenarnya merupakan penghimpunan energi kita agar kita dapat memulai langkah-langkah baru.

Ertinya kesedihan memaksa kita untuk berhenti dari kepenatan duniawi dan kita akan menumpukan pada kehilangan tersebut, renungi hikmahnya, bermuhasabah diri dan  akhirnya membuat penyesuaian² psikologi serta menyusun perancangan baru yang akan menemukan kita dengan kebahagiaan.

Berduka itu bermanfaat tetapi depresi yang berkelanjutan adalah sia-sia.

Jadi, perlukah kita bersedih?

La Tahzan …

p/s : bagi saya, tidur akan memisahkan kita dengan kesedihan.. :þ~

My Gadjet … NIKON !

Posted: July 10, 2011 in Diari Diri Iedashi

DSLR adalah kata ringkas kepada Digital Single Lens Reflex. Ia adalah sebuah kamera  gambar digital yang menggunakan kanta refleks tunggal (SLR) mekanisme. Kebanyakan kamera profesional menggunakan kamera refleks lensa tunggal, walaupun analog. Digital SLR mulai muncul di awal 1990an, tetapi menjadi sangat popular setelah setelah seabad berlalu.

Nikon memulakan projek DSLR seawal tahun 1991 bersama NASA. Hanya pada 1999, Nikon mengeluarkan kamera DSLR pertamanya yang diberi nama Nikon D1 SLR. Sehingga kini, pelbagai model DSLR telah dikeluarkan dengan fungsi dan kegunaan yang pelbagai.

Produk terbaru Nikon adalah Kamera Nikon DSLR D5100 yang mula dipasarkan pada 5 April 2011. Nikon DSLR D5100 kini menjadi rebutan peminat gadjet DSLR termasuk saya sendiri.

Harga Nikon DSLR D5100 adalah RM 2,298 (badan sahaja) atau RM 2,698.00 (dengan AF-S DX Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G ED VR)

ADA SESIAPA NAK BELIKAN UNTUK SAYA? SILAKAN … hihi