Archive for March 13, 2008

Pembinaan Kaabah

Posted: March 13, 2008 in Islamic

haj7.jpg

Mengikut kata2 Ahli sejarah,Kaabah itu telah dibina sebanyak 10 kali.Antaranya ialah At-Taqiyul Fasi(التقي الفاسي) dlm kitabnya SyifaulGharam(شفاء الغرام) berkata:

Kaabah pernah dibina sebanyak 10 kali oleh:

1)malaikat

2)Nabi Adam

3)anak Nabi Adam iaitu syith شيث

4)Nabi Ibrahim

5)Kerajaan ‘Amaliqa(عمالقة) yg berbangsa Arab

6)Suku Jurhum(جرهم) yg bernama AlHarith bin Madhadh Al-Asghar

7)Qusai(Datuk Nabi Muhammad s.a.w yg kelima)

8)Orang2 Quraisy,diantaranya Nabi s.a.w turut membinanya

9)Abdullah bin Zubair(Anaknya sayidatina Asma dan Asma pula kakak pd Sayidatina Aisyah)

10)*AlHajjaj bin Yusuf Ath-Thaqafi

*cerita tentang dirinya:
Dinamakan Ath-Thaqafi kerana beliau ni(seorang gabenor)tidak boleh tido selagi tidak membunuh org tapi yg peliknya setiap malam dia menghafal AlQuran.

p/s:Jadi kalau nak tahu kenapa beliau bunuh orang,silalah rujuk pada kitab² sejarah.

-Semenjak pembinaan yg dilakukan oleh Abdullah bin Az-Zubair dan kemudian Al-Hajjaj,tidak lagi berlaku selepas itu pembinaan kecuali memperbaik dan memperbetulkan.

-Pernah dikatakan,Khalifah Harun Al-Rasyid hendak mengubah kaabah itu dari binaan Alhajjaj tetapi Imam Malik Bin Anas telah merayu agar Baitullah tidak dijadikan permainan raja2 kerana ia boleh menghilangkan kehebatan Kaabah itu dari hati2 orang2 yg menghadapnya.

kaabah_1.jpg

kaabah_2.jpg

La Tahzan

Posted: March 13, 2008 in Book Reading

bkrohis_aidh2.jpg

Jika kita membaca buku-buku self help, buku-buku petunjuk cara hidup, seperti How to Stop Worrying and
Start Living (Dale Carnegie), kita akan dapatkan petunjuk-petunjuk untuk meraih kesuksesan hidup secara duniawi.

Namun buku La Tahzan yang ditulis oleh seorang ulama besar Dr. ‘Aidh al-Qarni ini sarat dengan petunjuk-petunjuk hidup yang sarat dengan nuansa rabbani tanpa mengetepikan isi-isi duniawi. La Tahzan menjadi kata kunci untuk menjalani
kehidupan ini dengan penuh semangat tanpa ketakutan dalam peristiwa masa lalu dan tidak dicemaskan oleh masa depan.

Membaca buku ini kita seakan diingatkan kepada buku How to Stop Worrying and Start Living (Dale Carnegie). Namun
La Tahzan lebih fokus, sederhana dan praktis untuk kita jadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Edisi Inggris buku ini berjudul Don’t be Sad!

Siapa Penulis Buku Ini?

‘Aidh al-Qarni adalah doktor dalam bidang hadits dan seorang hafizh. Beliau juga pernah dimasukkan dalam penjara oleh pemerintah Arab Saudi kerana mengkritik kebijaksanaan kerajaan saat Perang Teluk I. Tetapi kehidupan di penjara itu menjadikannya salah seorang penulis paling produktif di Timur Tengah saat ini.

Ia menjadi idola. Edisi bahasa Arab buku ini (La Tahzan!), sejak dicetak pada 2001 terus menjadi buku terlaris di Timur Tengah. Ketika ini sudah mencapai cetakan kesebelas, dengan jumlah lebih dari 1 juta cetakan .